am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas akan dinamakan semula menjadi MRSM Tun Abdullah Badawi.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia bagi mengenang jasa bekas Perdana Menteri kelima itu.
“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri (Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya di Facebook beliau hari ini.
Cadangan itu turut mendapat pujian serta sokongan daripada pengguna Facebook lain, yang antara lain menyifatkan Allahyarham Pak Lah banyak berjasa di kawasan itu.
Allahyarham Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008.
Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu dan selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada jam 2.30 petang, semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd