Desas desus mengenai dakwaan bercinta membabitkan penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira bersama pengasas Kueh Cafe, Muhammad Izwan Muhammad Zain semakin menuai tumpuan.
Terbaru, menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Izwan atau lebih dikenali dengan panggilan Mr. E tampil memberikan respons mengenai sesi siaran langsung yang dibuat bersama Erra sebelum ini.
Jelasnya, kelibat Erra adalah semata-mata mahu menolongnya mempromosikan kafe miliknya itu.
“Ramai yang tanya tentang live bersama Erra dengan Kueh sebelum ni. Alhamdulillah, saya ada kawan yang sudi membantu saya.
“Dia tak ada hari-hari di kafe sebab dia bukan kerja dia disitu. Tapi saya bersyukur kerana dia sudi membantu,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai teman rapat, Izwan sempat berkongsi mengenai keperibadian Erra mengikut persepsinya selain menyenaraikan antara kuih kegemaran aktres jelita itu.
“Dari persepsi saya, Erra seorang yang sangat matang, elegan dan senang dibawa berbincang.
“Malah, saya boleh katakan dia seorang yang bijak.
“Bab kuih pula, dia suka kuih berkelapa, macam putu mayam dan kuih koci,”ulasnya.
Bagaimanapun, diakhir temu bual, Izwan sempat memberikan ucapan selamat berpuasa dan menyambut syawal tidak lama lagi kepada seluruh masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perniagaan kafe nya terutama sekali buat insan yang tersayang.
“Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga puasa kali ini penuh berkah.
“Dan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang sentiasa memberikan sokongan terhadap Kueh Cafe, orang-orang tersayang dan yang paling tersayang,” jelasnya.
Sumber: Kelurgamag