MR D.I.Y. pastikan pelanggan nikmati harga berpatutan MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda

MR D.I.Y. pastikan pelanggan nikmati harga berpatutan MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda

PERUNCIT terkemuka negara, Kumpulan MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y.) berusaha memastikan setiap pelanggan menikmati harga berpatutan bagi setiap barangan yang dibeli menerusi MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, inisiatif itu mengetengahkan misi syarikat untuk menjaga kepentingan pelanggan dan menjamin semua barangan terutamanya perkakas rumah boleh didapati di setiap cawangan premis.

“Sebagai peneraju peruncitan perkakas rumah di negara ini, kami telah menjadikan misi kami untuk menjaga rakyat Malaysia sejak penubuhan pada tahun 2005.

“Inisiatif MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda adalah bukti kepada janji tersebut. Sama ada anda memerlukan mentol lampu, peralatan dapur atau apa-apa perkakas, kami memastikan semuanya ada pada harga yang berpatutan,” katanya.

Orang ramai bergambar bersama pasukan maskot PANDAi di Bukit Bintang sempena Majlis Pelancaran MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Orang ramai bergambar bersama pasukan maskot PANDAi di Bukit Bintang sempena Majlis Pelancaran MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda di Bukit Bintang pada Khamis.

Ujar Alex, kempen pelancaran inisiatif berkenaan turut menyaksikan pengenalan maskot baharu iaitu PANDAi, sebagai usaha menarik minat orang ramai dan meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

Menurutnya, model maskot PANDAi setinggi 14 kaki turut dipamerkan di kawasan berkenaan bagi menarik perhatian pengunjung dan keluarga.

“Seperti panda, MR D.I.Y. dihargai kerana dekat di hati rakyat Malaysia. Kami ‘PANDAi’ menjaga pelanggan dengan mengekalkan janji ‘Always Low Prices’.

“Kami percaya PANDAi akan membawa kegembiraan dan keseronokan sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami.

“Sepanjang November, warga Kuala Lumpur berpeluang bertemu PANDAi di pusat beli-belah, termasuk Fahrenheit 88 pada 7 November, pusat beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) (9 November), IOI City Mall, Putrajaya (23 November), dan Pavilion Bukit Jalil (30 November),” ujarnya.

Pasukan maskot PANDAi menaiki bas persiaran bagi menemui pengunjung di Bukit Bintang pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pasukan maskot PANDAi menaiki bas persiaran bagi menemui pengunjung di Bukit Bintang pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tambah beliau, kempen tersebut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan maskot PANDAi yang menaiki bas persiaran dan persembahan flash mob mengejut kepada pengunjung.

Jelasnya, MR D.I.Y. turut menyediakan kawasan tempat duduk bertemakan panda di MyTOWNKL dan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni bagi mewujudkan ruang mesra keluarga.

“Melalui MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda, syarikat peruncit ini dapat mengukuhkan peranannya bukan sekadar sebagai sebuah perniagaan sahaja, tetapi sebahagian daripada komuniti di mana ia beroperasi,” ulasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. dan inisiatif MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda, orang ramai boleh layari laman rasmi iaitu mrdiy.com, platform e-dagang, Facebook, serta Instagram.

Scroll to Top