Milan: Pengurus Juventus, Thiago Motta, meluahkan kebimbangan terhadap ketidakstabilan pasukannya di hadapan gol selepas kemenangan sukar 1-0 ke atas Cagliari yang berada di kedudukan tercorot dalam Serie A.
Motta menyaksikan pasukannya mencatatkan kejayaan keempat berturut-turut dalam liga dengan kemenangan tipis di Sardinia, namun mengkritik kekurangan ketepatan dalam menyudahkan peluang.
“Kami mempunyai begitu banyak peluang pada separuh masa pertama, kami masuk ke tempat rehat dengan mengetahui bahawa ia akan menjadi masalah jika tidak menamatkannya dan tidak dapat dielakkan kami akhirnya menderita.
“Jelas sekali,Kami kekurangan ketajaman pada separuh masa kedua, kami menderita tanpa banyak bolos, namun tidak mendominasi seperti pada separuh masa pertama. Cagliari mengambil alih permainan, dan kami tidak boleh membiarkan lawan melakukan semua itu,” kata Motta kepada DAZN.
Motta memuji penjaring, Dusan Vlahovic, yang telah terbabit dalam 50 gol dalam 95 penampilan Serie A untuk kelab itu.
“Dia bermain kerana dia layak. Kami mempunyai hubungan yang luar biasa. Dia mempunyai karakter dan mentaliti yang kuat.
Hari ini, dia menunjukkan profesionalisme yang hebat dan membantu rakan-rakannya. Ia mudah untuk menguruskan seorang mempunyai mentaliti juara seperti dia,” katanya
Juventus mempunyai 12 perlawanan lagi untuk mencuba menutup jurang lapan mata di belakang pendahulu, Inter Milan, yang kini mendahului Napoli dengan satu mata selepas pasukan itu mengalami kekalahan mengejut di Como.
© New Straits Times Press (M) Bhd