Atlet berbasikal trek negara, Shah Firdaus akan teruskan perjuangan buru pingat di Olimpik Paris bagi acara keirin apabila layak ke suku akhir selepas mengungguli pusingan ‘repechages’.
Mara ke suku akhir
Shah Firdaus Sharom menerusi perkongsian video dari wartawan sukan, Zulhelmi Zainal menyatakan bahawa “moto masih hidup” memberi gambaran tentang perjuangannya yang masih lagi berlanjutan.
Shah Firdaus akan teruskan perjuangan, unggul di pusingan repechages
Atlet berusia 28 tahun itu pada awalnya terpaksa berentap di pusingan ‘repechages’ apabila menamatkan saringan kelima pada kedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul serta pelumba Poland, Mateusz Rudyk.
Namun, Shah dilucutkan posisi tersebut menjadikan dia berada di kedudukan keenam tetapi ia tidak memberi kesan untuknya beraksi dalam saingan repechage.
Artikel lain: Pengorbanan untuk negara adalah ’emas’ sebenar dalam dirinya -Isteri Azizulhasni
Shah Firdaus akan teruskan perjuangan, penyertaan wakli France dibatalkan
Dalam pusingan repecharges, dia telah berada di kedudukan pertama dibelakang pelumba Perancis, Rayan Helal yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Walau bagaimanapun, kemenangan Helal dibatalkan sekali gus menyaksikan Nick Wammes dari Kanada mendapat tempat ke suku akhir.
Boys are back!
Perkongsian yang dibuat di platform X itu telah mengembalikan semangat rakyat Malaysia bagi memberi tumpuan kepada aksi Shah Firdaus di acara berkenaan pada saingan suku akhir nanti.
Rata-rata memberikan semangat kepadanya dengan berharap agar dia berjaya meraih pingat untuk Malaysia.
Terus bersemangat Shah & Dato Azizul
Mungkin ini kebangkitan Shah
Terdahulu, peminat sukan Tanah Air telah menerima khabar cukup mendukacitakan apabila tonggak emas negara, Dato’ Azizulhasni Awang disingkirkan dari saingan acara keirin lelaki selepas dikatakan memotong pacer.
Beliau yang turut terkejut dengan hal tersebut telah memberikan sedikit penjelasan ringkas di media sosial bagi memberi respon terhadap tanda tanya mengapa dirinya telah disingkirkan.
Akan tetapi, beliau meminta seluruh rakyat Malaysia tidak putus berdoa supaya seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus berjaya ke final acara berkenaan selepas menunjukkan kemampuan yang cukup baik sehingga berjaya mara ke suku akhir.
Sumber: X zulhelmizainal1