Pelakon Mona Allen mendedahkan dia ada menerima mesej daripada lelaki gatal yang diterimanya di Instagram miliknya.
Dalam mesej tersebut, lelaki yang menggunakan nama Shxh menawarkan wang RM4,000 jika Mona Allen setuju untuk membuat panggilan video dengannya.
Menerusi mesej berkenaan, individu tersebut menawarkan sejumlah wang kepada aktres itu untuk menemaninya melakukan hal yang tidak senonoh menerusi panggilan video.
Mona bagaimanapun, berkeras menolak namun individu berkenaan masih lagi mencuba dengan menawarkan harga yang lebih tinggi sehingga RM20,000.