Pelbagai tuduhan, kritikan dan makian diterima, anak kepada pasangan pelakon popular, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya seperti yang tular.
Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu, suami dan beberapa pihak lain mengenai rumah tangganya sekaligus mengaku akan menyelesaikan amsalah yang timbul secara peribadi tanpa melibatkan media sosial.
“To clear the air about what was said, saya juga sama seperti anda semua. Baru dapat tahu pasal semua kenyataan yang dikeluarkan itu.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas membalas di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Marissa juga mahu netizen serta pihak diluar sana menghormati situasi yang berlaku.
“Mohon hormati batasan kalian dalan hal ini ya.
“Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” kongsinya ringkas.
Marissa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tidak ketinggalan memberikan kata-kata nasihat terhadap tindakan Marissa.
Bahkan, ramai yang menegur sikapnya yang selalu mendiamkan diri tanpa memberi sebarang penjelasan hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuka ruang kepada lebih banyak spekulasi serta salah faham.