Model transgender maut ditikam di Georgia

Model transgender maut ditikam di Georgia

Tbilisi: Seorang model transgender Georgia dan tokoh masyarakat terkemuka ditikam hingga mati di dalam apartmennya dalam serangan yang dirancang.

Pihak berkuasa berkata, serangan berlaku ketika kritikan terhadap tindakan keras pihak kerajaan terhadap hak golongan LGBTQ.

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Kesaria Abramidze, 37, maut akibat serangan pisau, Rabu lalu, sehari selepas rang undang-undang yang menyokong ‘nilai kekeluargaan’ meluluskan bacaan terakhir.

Undang-undang itu dibandingkan dengan undang-undang ‘propaganda gay’ Russia dan dikritik oleh Kesatuan Eropah dan kumpulan hak asasi sebagai mencemarkan golongan LGBTQ.

Kementerian Dalam Negeri berkata, mangsa mengalami luka tikaman yang banyak dan pihaknya sedang menyiasat ‘pembunuhan terancang yang dilakukan dengan kekejaman tertentu dan keadaan yang memburukkan atas alasan jantina’.

Media Georgia melaporkan anggota polis menahan seorang suspek lelaki.

Abramidze ialah individu pertama di Georgia yang tampil secara terbuka sebagai transgender.

Mangsa pernah mewakili negara semasa pertandingan Miss Trans Star International pada 2018 dan mempunyai lebih 500,000 pengikut dalam Instagram. -AL JAZEERA

Scroll to Top