“Minta Maaf Makcik” – Imran Bard Maklum Ibu Dalam Wad Tak Dapat Minta Maaf

“Minta Maaf Makcik” – Imran Bard Maklum Ibu Dalam Wad Tak Dapat Minta Maaf

Pempengaruh media sosial, Imran Bard akhirnya tampil membalas permintaan pelakon Ellie Suriaty yang menuntut ibu bapa Imran untuk memohon maaf.

Menerusi perkongsian di TikTok, Imran berkata ibunya tidak dapat memenuhi permintaan Ellie itu memandangkan kini sedang dirawat di hospital.

BACA: Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf,  Buat Laporan Polis

“Sampai melibatkan ibu bapa… Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.

“Jadi saya nak kena buat apa?  Minta maaf makcik,”katanya.

Sementara itu, Imran berkata bukan nama Ellie Suriaty sahaja disebut dalam kontennya, malah beberapa lagi nama selebriti veteran turut disebut, malah konten tidak menyentuh isu  sensitif.

Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran Bard minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu.

“Saya bukan mention nama makcik je, saya mention nama makcik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya adore, saya masukkan je lah dalam konten.

“Bukan konten sensitif pun. Konten konon-konon jadi juri je,”katanya.

Dalam sidang media hari ini, Ellie menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar nama Ellie menerusi video di TikTok.

Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.

 


Scroll to Top