Khabar angin tentang pernikahan pasangan selebriti terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya semakin kukuh apabila laporan mendakwa mereka telah selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Taiping, Perak, petang hari ini.
Menurut sumber yang dipetik dari Harian Metro, majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Mimi di Taiping dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat.
Mimi Lana dan Syafiq Kyle nikah petang ini – Sumber
Menurut sumber lagi, bagi memastikan privasi terjaga, tetamu yang hadir difahamkan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, sekali gus mengelakkan sebarang kebocoran maklumat atau gambar majlis ke media sosial.
Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian.
Meninjau ke Instagram, Mimi Lana dilihat memuat naik gambar tangan bersama Syafiq Kyle dengan kapsyen emoji cincin dan hati.
Netizen ucap tahniah

Malah, ruangan komen perkongsian dipenuhi ucapan tahniah menguatkan lagi spekulasi mereka sudah bergelar suami isteri.
Untuk rekod, pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan tanpa sebarang penjelasan terperinci.
Walaupun perkahwinan itu tidak menjadi kenyataan ketika itu, Syafiq dan Mimi tetap mengekalkan hubungan baik dan masih mampu bekerjasama dalam projek lakonan yang sama.
