Milligan mahu bawa bola sepak Malaysia ke arah lebih baik

Milligan mahu bawa bola sepak Malaysia ke arah lebih baik
Milligan mahu bawa bola sepak Malaysia ke arah lebih baik

Imbas kembali…Milligan bersama tiga anaknya semasa Piala Dunia Rusia 2018.

BEKAS kapten skuad bola sepak Australia, Mark Milligan cukup teruja apabila dapat memulakan tugasnya sebagai penolong pengendali Harimau Malaya.

Malah, Milligan mengakui tertarik dengan projek revolusi yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, sehingga membuatkannya mengambil keputusan berhijrah ke negara ini.

Jelas Milligan yang berusia 39 tahun itu juga tidak sukar untuk membuat keputusan menyertai projek revolusi Harimau Malaya.

Milligan

Milligan

“Ia amat baik untuk saya berada di sini (Malaysia) dan memulakan tugas seawal mungkin. Saya sangat teruja dengan projek ini dan membawa bola sepak Malaysia ke arah lebih baik.

“Apabila peluang untuk bersama Harimau Malaya tiba, ia menjadi peluang untuk saya sebagai jurulatih dan menjadi sebahagian daripada projek yang amat mengujakan.

“Ia satu keputusan yang mudah untuk bersama projek ini setelah saya dihubungi oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski,” katanya.

Milligan juga akan menggunakan pengalaman selaku bekas pemain mahupun jurulatih untuk menyuntik aura baharu buat Harimau Malaya.

“Pengetahuan saya berdasarkan pengalaman beraksi di serata Asia sudah pasti bermanfaat kepada skuad kebangsaan Harimau Malaya.

“Saya melihat ia sebagai satu aset bukan sahaja untuk membantu persiapan pasukan kebangsaan malah untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Milligan juga mengakui bangga untuk melihat pemain muda negara diberi peluang oleh kelab untuk beraksi pada peringkat tertinggi kejohanan di Asia.

“Perkara yang paling penting adalah kelab terus memberikan ruang kepada pemain muda beraksi dan saingan liga yang kompetitif bakal membantu pasukan kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, Milligan tiba pertengahan Februari lalu menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Cabaran, Selangor menentang PDRM, Sabtu lalu.

Scroll to Top