Midea, Manchester City bawa pelanggan ke Stadium Etihad

Midea, Manchester City bawa pelanggan ke Stadium Etihad

KUALA LUMPUR – Pengeluar peralatan elektrik terkemuka, Midea Malaysia bekerjasama dengan Manchester City untuk membawa para pelanggannya ke Stadium Etihad, England menerusi kempen “Buy Win Fly 2.0”.

Pengurus Besar Midea Malaysia, Mark Tam berkata, hanya tiga pelanggan yang memenangi kempen itu akan menerima hadiah istimewa iaitu penginapan serta akses VIP ke Stadium Etihad.

“Perkongsian dengan Manchester City telah menjadi kejayaan monumental, meningkatkan pendedahan global kami dan mengukuhkan perjalanan kami dalam menawarkan penyelesaian rumah inovatif.

“Tiga pemenang bertuah akan menerima perjalanan bertaraf dunia ke United Kingdom, merangkumi penginapan lima hari, empat malam, lengkap dengan akses VIP ke Stadium Etihad, iaitu rumah kepada Kelab Bola Sepak Manchester City.

“Pemenang tempat kedua akan berpeluang membawa pulang Peti Sejuk Inverter Quattro 4-pintu Midea dan Pencuci Lantai Basah dan Kering Tanpa Kord 3-dalam-1,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap pelanggan Midea yang membeli mana-mana produk keluarannya layak untuk menyertai peraduan tersebut dari 2 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, Pengerusi Kehormatnya, Ng Kong Chin berkata, Midea bukan sahaja memberikan ganjaran, bahkan mempamerkan peralatan elektrik baharu berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).

“Midea juga melancarkan siri terbaru peralatan rumah pintarnya, yang telah direka dan dinaik taraf untuk berintegrasi dengan teknologi AI moden.

“Inovasi-inovasi ini membolehkan pengguna mengawal persekitaran rumah mereka dengan mudah hanya dengan beberapa ketika melalui Aplikasi Midea Smart Home.

“Dari penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, hud dan hob dapur, ketuhar gelombang mikro hingga ke pencuci vakum robot untuk meningkatkan kemudahan dan kecekapan dalam rumah,” katanya.

Selain itu, Midea juga akan menggerakkan trak kempen mudah alih ke seluruh Semenanjung Malaysia di sembilan lokasi berbeza dan membuat hentian di bandar-bandar utama sehingga akhir Ogos ini.

“Inisiatif ini untuk melibatkan pengguna, memberikan pengalaman secara langsung dengan produk rumah pintar Midea dan menawarkan lebih banyak maklumat tentang penyertaan dalam kami.

“Sambil kita terus mengharungi landskap industri elektronik rumah yang berkembang pesat, di mana perubahan didorong oleh permintaan gaya hidup pengguna kita berubah.

“Midea tetap teguh dalam komitmen untuk menghasilkan pelbagai inovasi dan produk yang lebih berkualiti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette