MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Kawasan Perairan Ini! | Oh! Media

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Kawasan Perairan Ini! | Oh! Media

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut yang dijangka berterusan sehingga Jumaat ini. 

Angin kencang mencecah 60 km/j, ombak setinggi 4.5 Meter

Menurut laporan Kosmo, angin berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter diramalkan berlaku di beberapa kawasan perairan termasuk:

  • Selatan Samui
  • Utara Tioman
  • Utara Bunguran
  • Barat daya Reef South
  • Sulawesi

Kategori amaran lebih serius

Bukan tu jer, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua dan ketiga, yang lebih berbahaya:

  • Kategori Kedua: Angin 50-60 km/j, ombak sehingga 4.5 meter (Perairan Condore & barat laut Reef South).
  • Kategori Ketiga: Angin melebihi 60 km/j, ombak melebihi 4.5 meter (Perairan timur laut Condore).

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut, sukan air, dan juga pekerja di pelantar minyak.

#ApaKataOhmedia

Bagi mereka yang merancang aktiviti di laut, elakkan perjalanan dalam tempoh ini demi keselamatan. Utamakan nyawa, tangguhkan dulu aktiviti air!


Scroll to Top