MetMalaysia keluar amaran angin kencang, laut bergelora

MetMalaysia keluar amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Kedua) di kawasan perairan timur laut Reef North, Palawan sehingga Sabtu ini, 21 September 2024.

Angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, timur laut Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan sehingga Sabtu, 21 September 2024.

Angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejamdengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan berkenaan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – MalaysiaGazette

Scroll to Top