‘Mesin Judi Monyet’ berleluasa di Gombak

‘Mesin Judi Monyet’ berleluasa di Gombak

GOMBAK- Penduduk di sekitar Gombak, Selayang dan Rawang, Selangor terus menyuarakan kembimbangan mereka terhadap kewujudan lambakan pusat mesin judi yang dilihat semakin berleluasa di kawsasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Ia berikutan peningkatan mendadak kegiatan itu sehingga terdapat lebih daripada empat buah premis mesin judi yang ‘dikategorikan’ sebagai aktif dan menjadi pilihan lokasi kaki-kaki judi di daerah ini.

Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan adalah Pusat Snooker City 101 yang terletak di Rawang Walk dan Bangunan KBT Food Supply, yang terletak di Kawasan Industri, Taman Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

Melalui tinjauan yang dibuat, rata-rata premis ini dijaga oleh seorang juruwang yang bertindak memasukkan jumlah taruhan yang diinginkan oleh pelanggan, selain beberapa lelaki yang dilihat sebagai ‘penjaga’ premis yang berkemungkinan untuk memantau keadaan sekeliling jika terdapatnya sebarang operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Selain itu setiap pelanggan yang keluar dan masuk juga akan diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di setiap sudut premis berkenaan, malah pelanggan yang datang juga merupakan individu yang sudah dikenali ataupun dikategorikan sebagai pelanggan tetap.

@utusanonline

‘Mesin Judi Monyet’ berleluasa di Gombak

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Premis-premis ini dilihat semakin meriah dipenuhi pelanggan apabila menjelangnya waktu malam dan setiap hujung minggu. Tinjauan juga memperlihatkan yang pelanggan juga boleh melakukan taruhan kecil bermula dari RM0.10 sen sehinggalah mencech ratusan ringgit.

Antara mesin judi yang menjadi pilihan pelanggan adalah ‘mesin monyet’ kerana menurut mereka mesinn ini mampu memberi pulangan lumayan selain daripada pelbagai bonus yang diberi.

Hasil tinjauan juga mendapati premis-premis judi ini mampu mengaut keuntungan kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti haram tersebut, terutamanya ketika di awal bulan.

Salah seorang penduduk, Mohd Jamil Masrim, 55 berkata aktiviti perjudian seperti ini dilihat cukup membimbangkan malah jika tidak dikekang ia mampu memudaratkan institusi keluarga terutamanya bagi yang berbangsa melayu.

“Kita benar-benar minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas, jika tidak aktiviti seperti ini akan memusnahkan anak bangsa sendiri. Jika sudah terjebak dengan judi ini tidak mustahil akan berlakunya jenayah lain seperti kes ragut, keganasan rumah tangga dan sebagainya,”

“Kami tak ingin ia menjadi barah dalam masyarakat. Kerana jika kita lihat yang memenuhi pusat-pusat judi ini tidak lain tidak bukan adalah anak bangsa kita sendiri. Jadi saya harap pihak-pihak yang berkenaan buka mata dan ambil tindakan tegas,” ujarnya.

Scroll to Top