Mengaku Ada Teman Rapat, Alif Hadi Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta – “Tiada Siapa Boleh Ganti Yasmin Hani”

Mengaku Ada Teman Rapat, Alif Hadi Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta – “Tiada Siapa Boleh Ganti Yasmin Hani”

Pelakon Alif Hadi mengaku mempunyai teman rapat namun masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta selepas berpisah dengan kekasihnya yang juga aktres, Yasmin Hani.

Kata Alif ketika ditemui XTRA, dia tidak mahu terlalu cepat untuk terikat dengan komitmen terutamanya hubungan cinta memandangkan mempunyai perasaan takut untuk mengenal hati budi orang lain.

Malah, pelakon filem Jangan Pandang Belakang 2 ini juga mendedahkan tidak ada siapa yang boleh menggantikan bekas kekasihnya itu.

“Teman rapat? Adalah, tapi saya rasa tak nak get into relationship secepat mungkin.

“Sebab sekarang ni saya masih ada lagi rasa macam takut-takut. Sebab nak kenal orang kadang ambil masa tiga bulan belum tentu lagi… kadang makan masa 8 tahun macam tu baru tahu perangai sebenar, mungkin tak bersedia lagi.

“Lagipun, tak ada siapa yang boleh ganti dia (Yasmin),” katanya.

Mengaku masih menyayangi hubungannya bersama ibu anak dua itu,  Alif atau nama penuhnya, Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, menjelaskan kedua-dua mereka masih berkawan baik.

“Kami masih lagi berkawan dan alhamdulillah kami ada je pergi jogging sama-sama pagi-pagi. Lepas dia hantar anak dia pergi sekolah adalah kami jogging dan makan (breakfast) sekali.

“So far sebagai kawan je lah.. sebab jurang dia macam terlalu rapat sangat untuk get back together. Lagipun dua-duanya masih berfikir lagi.

“So setakat ni kami berkawan dulu, dia fikir pasal karier dia dengan apa yang dia nak achieve, saya akan fokus dengan kehidupan saya dan apa yang saya nak achieve. Lepastu kita tengok kalau ada jodoh ada, begitu juga sebaliknya.

“Saya rasa saya dan dia dah cukup matang untuk berfikir bukan benda yang mudah untuk ambil keputusan untuk berpisah.

“Sebenarnya mungkin dia dah start enam bulan sebelum tu dah ada gaduh sikit sebab tu saya rasa kalau nak pergi ke satu tahap tu atau nak nikah dan sebagainya, benda macam ni kena makesure kita dah faham antara satu sama lain.

“Bercinta semua red flag kau ignore dan sampai satu tahap tu sampai kesabaran kau dah over limit,  time tu lah benda kecil pun kau nak marah. Tak nak lah macam tu.

“Memang sedih tapi untuk life must go on dan benda jadi lebih teruk sampai tak bertegur sapa ke, hantar santau ke better kita take a break sekejap,” jelasnya.

Dalam pada itu, pemenang Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 ini menepis dakwaan kononnya perpisahan bersama Yasmin Hani adalah gimik semata-mata.

“Nak kata gimik saya rasa dari dulu saya dan dia tak pernah pun jenis yang suka buat gimik atau bercerita.

“Dia pun kalau pasal cerai dah berbulan baru dia bagitahu. Saya sendiri bila bab cerai pun saya tak bagitahu dan memang jenis yang bukan bagitahu dekat orang.

“Ada yang kata itu untuk saya menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Tidak, kalau itu tujuannya, saya patut buat awal lagi. Ini bukan gimik.

“Bukan sebab saya bukan jenis yang macam tu dan kami memang berkawan,” ujarnya.

Sekadar info, Alif mula menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin Hani Richardson tiga tahun lalu selepas pelakon berkenaan berpisah dengan suaminya iaitu Sha’rin pada November 2021.

Scroll to Top