Sudah berkahwin dan beranak pinak. Itu status seorang pelakon lelaki ini yang cukup gemar memaparkan kehidupan serba sempurna dan bahagianya di media sosial tetapi hakikatnya di belakang isteri, bermain cinta dengan orang lain.
Tak faham juga Cik Bunga dengan pelakon ini. Dari zaman bujang sampaikan sudah berkahwin dan ada anak, rupanya tak habis-habis lagi dengan perangai kasanovanya di set.
Pendek kata, setiap kali di ada set penggambaran baharu, mesti dia akan terjebak dengan cinta lokasi. Dari satu set ke satu set, ada sahaja pelakon wanita yang akan terpalit berhubungan cinta dengannya.
Padahal masing-masing bukan tidak tahu dia sudah beristeri. Nanti kalau terbongkar isu skandal ini, yang wanita tentulah akan dituduh penyondol. Habis itu, si lelaki miang ini kita hendak letak kategori apa?
Sebab itulah Cik Bunga pernah sebut sebelum ini, alau terbongkarnya cerita suami orang ada skandal, orang kita jangan asyik hendak letak kesalahan itu kepada wanita dan gelaran penyondol sahaja.
Macam tidak adil pula. Walhal, lelaki pun sama gatal. Cik Bunga dapat tahu, pelakon ini buat perangai baharu dengan seorang pelakon wanita muda. Cantik comel orangnya. Tetapi khabarnya hubungan mereka itu sudah terhenti di tengah jalan.
Ada sesuatu berlaku kononnya yang menyebabkan pelakon wanita itu mahu putuskan hubungan. Kantoi si pelakon lelaki ada kekasih lainkah?
Tidak pelik pun. Sebab sudah nama pun lelaki miang. Menyampah pula Cik Bunga. Muka saja nampak macam budak baik, tetapi perangai boleh tahan menjengkelkan.
Panas pula hati Cik Bunga. Apalah perasaan si isterinya yang sampai sekarang macam tidak tahu suaminya berperangai begitu.