Meskipun sudah lima hari berlalu, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) masih meninggalkan momen manis di hati peminat.
Mana tidaknya, netizen turut menyifatkan momen veil pemenang tempat kedua AJL39, Nadeera yang terjatuh tepat pada masa penghujung persembahannya sebagai momen paling ikonik di pentas berprestij itu.
Justeru, peminat masih tidak move on, malah mempersoalkan siapakah individu yang bertanggung jawab menjaga ‘timing’ veil tersebut terjatuh sehingga menjadikan persembahan Nadeera pada malam itu begitu mempesonakan.
Menjawab persoalan tersebut, penyanyi Sharul Kamal menerusi muat naik video pendek di platform TikTok miliknya memaklumkan, individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ‘timing’ veil tersebut terjatuh tepat pada waktunya adalah isterinya tercinta, Amilin.
“Sekarang ni tengah hangat dekat sosial media pasal veil Nadeera tu jatuh on point.
“Banyak juga komen yang saya nampak dan tanya siapa yang que jatuhkan veil tu. Naikkan gaji dia.
“Kau orang nak tahu tak siapa? Ini lah dia (isteri) saya.
“Cuba awak cerita sikit, awak mengikut fizik ke atau mengikut rasa?,” katanya.
Sementara itu, Amilin menjelaskan, dia menjatuhkan kain tersebut mengikut gerak hati meskipun pada asalnya, kiraan untuk menjatuhka veil itu dibuat awal.
“Veil itu dijatuhkan mengikut fizik dan rasa. Sebenarnya que dia adalah dekat angka empat. Tapi tak tahu rasa malam tu kena que dekat one.
“Jadi sebenarnya nak jatuhkan veil itu kena ada jiwa muzik. Kalau tak ada jiwa muzik susah. Dia akan jatuh pada tempat tak sepatutnya.
“Apapun, semuanya dengan izin Tuhan. Kalau tak diizinkan tak jadi juga,”jelasnya.
Terdahulu, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu mencuri perhatian sekaligus menerima standing ovation dari penonton yang hadir pada malam kemuncak AJL39 sebaik sahaja Nadeera menamatkan persembahannya.