Meerqeen hanya idam trofi Oscar, anggap lebih ‘legit’ berbanding kemenangan lain

Meerqeen hanya idam trofi Oscar, anggap lebih ‘legit’ berbanding kemenangan lain

Pelakon terkenal, Meerqeen hanya idam trofi Oscar dalam kerjaya seninya dan menganggap anugerah tersebut adalah paling ‘legit’ berbanding kemenangan yang lain.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam  menyatakan yang kemenangan sesebuah anugerah bukanlah ukuran kejayaannya kerana penerimaan serta sokongan peminat adalah paling utama.

Meerqeen hanya idam trofi Oscar, menang kalah tetap seperti biasa

Ujarnya, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah, namun jika dapat dia tetap bersyukur.

Meerqeen menganggap tiada yang istimewa jika menangi trofi dan dia tetap meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa.

“Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.
“Kalau dapat, Alhamdulillah. Jika sebaliknya saya teruskan hidup seperti biasa sebab menang trofi tiada perkara istimewa pun yang jadi dalam diri saya.

Meerqeen hanya idam trofi Oscar, macam kelakar tapi tak mustahil

Dalam pada itu, pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi program Hero Remaja berkenaan menyatakan impiannya adalah menggenggam trofi Oscar.

Walaupun mengakui ia kedengaran agak kelakar, namun dia percaya ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk digapai.

“Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’ pun.
“Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut,” katanya.

Meerqeen hanya idam trofi Oscar

Artikel lain: Meerqeen beli kereta mewah Mercedes Benz ke-2 bernilai lebih setengah juta

Pencapaian bukan semata-mata dari trofi

Tegasnya, pencapaian bukanlah terletak pada trofi semata-mata memandangkan sudahpun menerima tawaran sejak belum memenangi sebarang anugerah.

“Saya beritahu peminat untuk tidak mengundi saya sekiranya tercalon dekat mana-mana anugerah. Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat.
“Mahu kata untuk lebih banyak tawaran mahupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi.
“Semua orang boleh dapat itu. Jadi, menang trofi bukanlah berbeza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air,” jelasnya.

Meerqeen hanya idam trofi Oscar

Sekadar info, nama Meerqeen telah menjadi sebutan sehingga ke Indonesia apabila membintangi drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang bergandingan dengan pelakon cantik, Anna Jobling.

Sumber: Utusan Malaysia (Fatin Nurain Mustaffa Kamal)