London: Conor McGregor dilihat meludah ke arah seorang peminat yang mengejek dirinya dengan mengaitkan nama Khabib Nurmagomedov.
McGregor, 36, belum kembali ke oktagon sejak mengalami kecederaan patah kaki yang mengerikan ketika tewas kepada Dustin Poirier di UFC 264 empat tahun lalu.
Tarikh penampilan semulanya masih tidak diketahui selepas pertarungan yang dinanti-nantikan menentang Michael Chandler dibatalkan akibat kecederaan pada jari kakinya.
Bagaimanapun, bintang seni bela diri campuran (MMA) itu terus mencuri perhatian apabila satu klip mengejutkan mengenai dirinya menjadi tular.
Dalam video itu, McGregor dilihat berjalan di sebuah pusat beli-belah sebelum seorang peminat menjerit “Ayuh, Khabib,” dipercayai sebagai ejekan terhadapnya.
Bekas juara lightweight itu kemudian berpaling dan bertindak untuk bertemu dengan individu berkenaan sebelum berkata: “Saya ludah di muka anda, apa yang anda akan buat? Tiada apa-apa.”
Lokasi dan tarikh rakaman video berkenaan masih tidak diketahui.
McGregor dan Khabib, kedua-duanya berusia 36 tahun, pernah bertarung dalam perlawanan terbesar dalam sejarah UFC pada Oktober 2018.
Ketika itu, juara lightweight, Khabib muncul pemenang dalam pertarungan penuh dendam di UFC 229, menewaskan McGregor dengan gerakan kuncian di leher pada pusingan keempat.
© New Straits Times Press (M) Bhd