Mayat reput remaja: 2 suspek diberi bon jaminan, 1 jadi saksi pendakwaan

Mayat reput remaja: 2 suspek diberi bon jaminan, 1 jadi saksi pendakwaan

harisfadli@hmetro.com.my

Kajang: Dua daripada tiga suspek yang ditahan berhubung kematian remaja perempuan minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin manakala seorang lagi akan dijadikan saksi pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dua suspek berkenaan diberikan jaminan dengan diikat bon mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah iaitu kuasa mengambil bon supaya hadir di mahkamah.

“Merujuk kepada kes berkenaan, kertas siasatan sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya semalam (9 Januari) dan terdapat arahan lanjut untuk dilengkapkan (kertas siasatan).

“Kertas siasatan akan dirujuk semula selepas arahan yang berkaitan diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, segala tindakan diambil berdasarkan proses undang-undang teliti bagi memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dijamin.

Terdahulu Harian Metro melaporkan,

mayat reput yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Dis lalu disahkan sebagai Yap Xin Yuan, 15, yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu.

‘Saya harap kematian anak saya terbela’

Mayat reput sah Yap Xin Yuan

Penduduk dakwa lokasi sunyi, habitat buaya, sering jumpa mayat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top