Ipoh: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Beliau berkata, laporan polis berkenaan insiden itu diterima kira-kira 11 pagi tadi.
“Mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Heisham berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Kangsar Inspektor Wan Mohd Zakirudin Arifin di talian 013-3669469 atau 05-7762222.
© New Straits Times Press (M) Bhd