Mayat lelaki ditemukan dalam tangki simpanan air

Mayat lelaki ditemukan dalam tangki simpanan air

Ipoh: Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang tadi.

“Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

“Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top