Mayat dua beranak mangsa bunuh selesai bedah siasat, kebumi malam ini

Mayat dua beranak mangsa bunuh selesai bedah siasat, kebumi malam ini

am@hmetro.com.my

Georgetown: Mayat dua beranak yang maut ditikam lelaki di hadapan lif pangsapuri di Ayer Itam, di sini, semalam selesai menjalani proses bedah siasat dan dituntut keluarga.

Mayat Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, dibedah siasat sejak 9 pagi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), serta dituntut keluarga pada 7.20 malam tadi.

Difahamkan jenazah mereka akan disolatkan di Masjid Tuan Guru dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kariah Tanjong Tokong di sini, selepas Isyak.

Terdahulu, media melaporkan Siti Zulaila dan Zulkifli maut ditikam lelaki, dipercayai berpunca daripada tidak puas hati suspek selepas mangsa wanita menolak cintanya.

Polis menahan reman suspek berusia 32 tahun itu selama tujuh hari hingga 14 Nov untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top