Maxis pemacu pendigitalan, perubahan gaya hidup pengguna

Maxis pemacu pendigitalan, perubahan gaya hidup pengguna

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memacu pendigitalan gaya hidup pengguna, terutama cara bekerja dan belajar secara hibrid serta berhibur di rumah, dan lebih bergantung pada kesalinghubungan di mana sahaja mereka berada.

Peralihan ini mempercepatkan aktiviti melayari laman web, penstriman, serta muat turun video antara rakan, hiburan atas permintaan (on-demand entertainment), permainan serta mesej segera.

Penstriman video merangkumi sebahagian besar trafik rangkaian Maxis, diikuti dengan pelayaran laman web, rangkaian sosial, mesej segera, VoIP, permainan dan membeli-belah.

Aplikasi yang menggunakan video juga menjadi lebih canggih dengan resolusi 4K, peranti pintar dan penggunaan berbilang aplikasi pada satu masa.

Trend ini sekali gus memerlukan jalur lebar lebih tinggi dan saling hubungan yang lancar. Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat, berkata rakyat Malaysia kini lebih bergantung dengan pendigitalan sejak dua tahun ini.

“Kami percaya, beberapa amalan baharu ini akan kekal sebagai norma baharu selepas pandemik,” katanya.

Maxis mengutamakan perkhidmatan mudah alih dan kediaman di mana fiber juga berperanan penting dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk kualiti pengalaman salinghubungan yang lancar. 

Penawaran pelan fiber Maxis sudah pun bermula sejak 10 tahun lalu. Berikutan, dengan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 2018,industri berpeluang menawarkan lebih banyak pilihan pada harga kompetitif kepada pengguna dan perniagaan.

Maxis, sebagai satu peneraju perkhidmatan ini, kekal kedudukannya dengan pelan jalur lebar fiber kediaman dan perkhidmatan melalui kempen Fibernation, yang menawarkan pelan 65 peratus lebih murah daripada harga ditawarkan sebelumnya.

Pelan baharu ini membuka era baharu jalur lebar fiber, yang mampu milik dan juga boleh diakses lebih banyak kediaman serta perniagaan tempatan.

“Kami menawarkan 300Mbps sehingga 800Mbps sebelum pan demik dan hari ini Maxis mempunyai jejak fiber terluas, hasil infrastruktur fiber dan perkongsian borong tersendiri,” katanya.

Salinghubungan terbaik untuk kediaman

Pada penghujung 2021, segmen jalur lebar belum diterokai sepenuhnya dengan hanya 65 peratus kediaman fiber dan kurang daripada 55 peratus disambungkan.

“Kami percaya jalur lebar tetap mempunyai masa depan hebat di Malaysia, dengan pertumbuhan yang ketara dalam pasaran belum diterokai sepenuhnya. Fiber adalah salinghubungan terbaik bagi kediaman.

“Pelanggan yang menetap di kawasan tanpa liputan fiber juga boleh menikmati salinghubungan melalui jalur lebar tanpa wayar. Contohnya, Maxis menawarkan Maxis Home 4G WiFi bagi pelanggan menikmati rangkaian 4G di mana sahaja mereka berada, tanpa had untuk bekerja, belajar dan berhibur.

“Pelanggan juga boleh menggabungkan pelan fiber dengan talian mudah alih mereka untuk menikmati data tanpa had bagi seisi keluarga. 

“Dengan Plug & Play, pemasangan yang mudah, pelanggan dapat menikmati saling hubungan serta-merta dan menggunakan pelbagai peranti dengan serentak,” katanya.

Selain mengukuhkan binaan fiber tersendiri, Maxis juga menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada lima juta premis. Maxis kini dalam perancangan untuk perkongsian dengan pembina/pemilik infrastruktur, menyokong rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan membantu mempercepatkan penyediaan jalur lebar 4G ke rumah, yang mana infrastruktur fiber belum tersedia.

“Pertumbuhan pelanggan yang menikmati salinghubungan fiber dapat dilihat setiap suku tahun. Pada suku kedua 2022, kami mempunyai 638k salinghubungan fiber dan jalur lebar kediaman tanpa wayar 4G di seluruh negara, terutamanya di kawasan pedalaman yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Kami juga mengembangkan jalur lebar di kawasan luar bandar, melalui fiber dan 4G untuk meluaskan salinghubungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Pertumbuhan salinghubungan kediaman yang konsisten didorong oleh daya tarikan kuat Maxis Unlimited Postpaid dan Fiber, yang mana pelanggan menggunakan perkhidmatan Maxis Fiber dengan data tanpa had pada talian pascabayar mereka.

“Pertumbuhan tahun-ke-tahun (yoy) kami kukuh dengan penggunaan data dan ini juga antara rekod penggunaan tinggi yang kami capai bagi rangkaian tertumpu salinghubungan mudah alih serta fiber kami.

“Rangkaian fiber kami juga kini membawa trafik hampir dua kali lebih banyak daripada rangkaian mudah alih. Kami percaya, ini berkait rapat dengan peralihan tingkah laku pelanggan seperti dinyatakan dan keperluan penyedia perkhidmatan untuk menawarkan lebih daripada sedar mudah alih dan tetap,” katanya.

Pengalaman tanpa tandingan

Sementara itu, Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma, berkata inovasi produk menjadi teras ke- pada usaha Maxis menawarkan pengalaman peribadi tanpa tandingan kepada pelanggan.

“Fiber kami kini mencapai lebih setengah juta pelanggan. Ini didorong oleh inovasi dalam perkhidmatan kami dan cadangan pengalaman kediaman, serta pemahaman perubahan tingkah laku dan keperluan pelanggan.

“Kami juga memudahkan perjalanan pelanggan kami. Sebagai contoh, dengan memudahkan pemilikan peranti kediaman kegemaran melalui program Zerolution,” katanya.

Maxis menyediakan penyelesaian melalui keperluan pelanggan, disokong oleh rangkaian prestasi tingginya. Melalui ini, pelan khusus pada segmen tertentu dihasilkan seperti Maxis Family Plan, yang memenuhi keperluan harian seperti data, internet rumah atau akses mudah peranti baharu.

“Melalui pelan ini, kami dapat mewujudkan perkaitan dalam pasaran sambil mengukuhkan komitmen Rangkaian Kita, Rang- kaian Malaysia kami untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan Maxperts, pakar dedikasi Internet kami yang unik, untuk bukan sahaja memasang penghala (router), tetapi memastikan wi-fi dioptimumkan untuk pengalaman salinghubungan terbaik di rumah,” katanya.

Rancang pertumbuhan Fiber 

Dalam pada itu, Keh Jiat berkata, Maxis bercita-cita besar dalam pertumbuhan fiber, termasuk kesalinghubungan yang berpatutan dan berkelajuan tinggi di setiap kediaman dan premis perniagaan tempatan melalui pembinaan fiber tersendiri, serta mendapatkan akses daripada pembekal akses di pasaran.

Maxis bakal melancarkan fiber tersendiri, dalam tempoh 12 bulan hingga 18 bulan akan datang melalui JENDELA, termasuk di kawasan Tahap 2 dan 3, yang akan memastikan akses jalur lebar berkelajuan tinggi di luar bandar.

“Kami juga membina rangkaian fiber untuk perusahaan dan menawarkan pelbagai penyelesaian untuk pengalaman konvergen. Dengan jejak fiber yang luas, kami dapat menyokong lebih ramai pengguna, perniagaan dan kerajaan dengan ekonomi digital kian berkembang pesat, serta memenuhi agenda pendigitalan negara,” katanya.

Beliau berkata, penawaran Maxis itu membuktikan komitmen syarikat itu dalam membawa teknologi terbaik kepada rakyat, perniagaan dan negara keseluruhannya.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau mendaftar Maxis Fiber, sila layari laman sesawang Maxis

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top