Matahari terbit dari utara di Sulawesi Selatan – Utusan Digital

Matahari terbit dari utara di Sulawesi Selatan – Utusan Digital

MAKASSAR: Video menunjukkan matahari terbit dari utara di daerah Jeneponto di Sulawesi Selatan, menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) wilayah IV Makassar, Agusmin H mengesahkan fenomena itu dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang berlaku setiap tahun.

Katanya, fenomena matahari terbit dari utara disebut sebagai GSM.

“Apabila fenomena itu berlaku, kedudukan bumi condong sekitar 23 darjah. Putaran bumi di sekitar matahari yang tidak tegak menjadikan hemisfere utara menerima banyak cahaya matahari dan sebaliknya di hemisfera selatan.

“Kejadian itu berlaku akibat perubahan cuaca iaitu cuaca sejuk dan panas,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Agusmin menjelaskan, kedudukan Jeneponto berada pada garis lintang di selatan Khatulistiwa.

Ia menyebabkan pada beberapa bulan tertentu seperti Mac hingga September, kedudukan matahari seolah-olah terletak di utara dan puncaknya berlaku pada Jun dan Julai.

Pada September hingga Mac, kedudukan matahari seolah bergerak ke selatan.

Scroll to Top