Maskot ‘beruang’ duduk termenung, pantai kosong tiada pengunjung

Maskot ‘beruang’ duduk termenung, pantai kosong tiada pengunjung

Mencari rezeki untuk keluarga dan kelangsungan hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran harus dihadapi walaupun kadang kala ia amat memenatkan.

Namun begitu, hal tersebut bukan penghalang untuk kita terus berusaha demi mendapatkan rezeki yang halal.

Dalam satu perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang jurugambar dikenali sebagai Ariff Lubis, dia telah memuat naik video seorang pemuda yang mencari rezeki dengan memakai kostum beruang dan menghiburkan orang di Pantai Klebang.

@arifflubis

jom tegur bro ni#fyp #photography #superbapak

♬ original sound – MITTY ZASIA – MITTY ZASIA

Video pemuda yang memakai kostum beruang itu tular kerana ramai yang bersimpati melihatnya duduk di tepi pantai sambil termenung melihat tidak ramai orang yang berada di pantai tersebut.

@arifflubis

Reply to @adindanurjdt #fyp #photography #superbapak

♬ dj.dia menyukaiku – Soibah Dee🐒

Sehubungan dengan itu, menerusi temu bual bersama Mstar, pemuda yang memakai kostum beruang dikenali sebagai Mohamad Ruzaini Mohd Rezal telah menceritakan strugle yang dihadapinya dalam mencari pendapatan.

Dia memaklumkan upah menghiburkan orang dengan memakai kostum agak terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga cuaca panas.

“Pendapatan jadi ‘beruang’ ni masih terjejas. Ia mungkin disebabkan oleh cuaca panas selain kebimbangan untuk berada di tempat tumpuan ramai berikutan penularan wabak.”
“Upah saya hiburkan orang termasuk sesi bergambar ni tak ada bayaran tetap. Ikut seikhlas hati mereka nak bayar berapa. Purata boleh dapat kira-kira RM50 sehari, bila kurang orang dapat RM5 pun dah syukur,” katanya.

Menurut Zack lagi, dia merupakan seorang yang sangat pemalu. Jadi, inisiatifnya untuk menjadi ‘beruang’ adalah bagi mengurangkan rasa malu yang menebal dalam diri.

“Jadi, saya pakai kontum beruang ni adalah cubaan untuk mengurangkan rasa malu dalam diri dan lebih berani berhadapan dengan orang serta menghiburkan mereka.”
“Bila mereka terhibur, secara tak langsung juga saya terhibur yang membuatkan saya lebih yakin,” ulasnya.

Dalam temu bual tersebut, Zack menyatakan sebenarnya dia mempunyai kerja tetap iaitu membaiki penyaman udara dari pagi hingga petang. Pada sebelah malam pula dia bekerja sebagai runner untuk menambah pendapatan.

Dia yang juga seorang anak tunggal gigih mencari pendapatan kerana ingin membeli rumah buat dirinya dan ibu tersayang yang juga seorang ibu tunggal.

“Dalam keadaan sekarang, saya perlu cari duit lebih untuk menyara kehidupan saya dan ibu yang juga seorang ibu tunggal bekerja di sebuah kilang.”
“Sekarang ni kami tinggal menyewa. Saya nak cari duit lebih  untuk simpanan bagi membolehkan saya membeli sebuah rumah sendiri.” tambahnya.

Perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok Arifflubis itu telah mendapat ratusan ribu tontonan sejak dimuat naik kira-kira dua hari lepas. Rata-rata warganet mendoakan agar pemuda tersebut terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya.

Sumber: Mstar (Iwan Shu), Arifflubis

Scroll to Top