Baru minggu lalu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kembali ke Tanah Air seusai menyelesaikan misi kemanusiaan di Gaza. Ketika ini, beliau masih lagi berada dalam kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Namun, apa yang sedikit menggusarkan adalah kondisi kesihatan bapanya yang agak menurun dan sedang dirawat di hospital.
Dalam perkongsian beliau di media sosial, Ebit Lew memaklumkan yang doktor memberitahu bahawa bapanya menghidap kanser perut di tahap akhir.
Lengkap berpakaian PPE dan disahkan negatif Covid-19, pendakwah tersebut berpelung menemui bapanya yang terlantar sakit walaupun sekejap sahaja.
Menurut pendakwah itu lagi, berjalannya waktu, sel kanser bapanya sudah mulai merebak ke seluru badan.
Ebit Lew turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit memandangkan masih berada dalam kuarantin dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-beradiknya yang lain kerana menjaga bapa.
Tambah pendakwah yang baru pulang dari Gaza itu, bapanya sempat menitip pesan semasa masih sedar ketika beliau di luar negara supaya meneruskan misi kemanusiaan dengan membantu orang lain sampai bila-bila.
Oleh itu, Ebit Lew memohon agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan bapanya dan diangkat segala rasa sakit yang sedang ditanggun sosok tua itu.
Sumber: Media sosial Ebit Lew