“Masa untuk tebus maruah yang difitnah!”- MUA kedua pengantin viral buat laporan polis

“Masa untuk tebus maruah yang difitnah!”- MUA kedua pengantin viral buat laporan polis

‘Masa untuk tebus maruah…’

Demikian hantaran dibuat oleh jurusolek kedua pengantin yang tular baru-baru ini di media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Meskipun pihak pengantin sudah membuat permohonan maaf kepada jurusolek pertama iaitu Farah Fikri mengenai hasil solekan sebelum ini, namun isu tersebut dilihat masih berlanjutan sehingga kini.

Artikel lain: MUA kecewa dituduh kerja cincai! Padahal pengantin buang solekan, ganti dengan MUA lain?

Difahamkan, kejadian ini bukanlah insiden yang mudah kerana difahamkan rupanya Farah dan MUA kedua dikenali Lilyoodin didakwa pernah berselisih faham sebelum ini.

Masa untuk tebus maruah

Terbaharu, jurusolek kedua menerusi hantaran di TikTok miliknya @Lilyoodin nekad memfailkan laporan polis berhubung fitnah yang telah dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, Lilyoodin tidak memperincikan secara lanjut mengenai laporan tersebut kepada umum, selain dilihat ceria berkongsi berkongsi foto di beberapa sudut Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, dia turut meletakkan tanda pagar g seperti #lawantetaplawan, makcikpurple, #areyouready dan #diamtakmestikitakalah.

Buat laporan polis macam terima anugerah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan beberapa foto dikongsikan oleh jurusolek kedua pengantin tular berkenaan yang disamakan seperti mengambil anugerah di sebuah majlis berprestij. Sebelum ini, menurut MUA kedua, solekan daripada Farah sangat tidak kemas kerana sehingga menyebabkan ibu kepada pengantin terpaksa mencari jurumekap lain.

Apa pun, diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dan kedua-dua belah pihak berdamai.

Sumber: TikTok @lilyoodin, @ieradtouch

Scroll to Top