Paris: Omar Marmoush terus menyerlah bersama Manchester City selepas menjaringkan gol dalam keputusan seri 2-2 menentang Brighton pada hujung minggu lalu, sekali gus menegaskan keyakinannya bahawa pasukan itu akan menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Kami perlu tunjukkan kualiti kami dengan lebih baik, lebih yakin dengan bola, menguasai permainan dan lakukan apa yang selalu Man City lakukan. Saya yakin kami akan baik-baik saja,” kata pemain Mesir itu.
City, yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, kini di tangga kelima, hanya satu mata di belakang Chelsea dengan baki sembilan perlawanan.
Jaringan menarik Marmoush menambah koleksi empat golnya dalam tujuh perlawanan liga sejak menyertai City.
Pemain Mesir itu turut memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Erling Haaland untuk gol pembukaan, namun Brighton bangkit dua kali untuk menyekat kemenangan pasukan Pep Guardiola.
© New Straits Times Press (M) Bhd