MAQIS rampas 'trucal milk calcium' bernilai RM197,400

MAQIS rampas 'trucal milk calcium'  bernilai RM197,400

bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk 5,000 kilogram ‘trucal milk calcium’ bernilai RM197,400 dari Singapura, menerusi laluan kargo Bangunan Sultan Iskandar (BSI), petang semalam.

Jurucakap MAQIS berkata, kegiatan membawa masuk barangan menggunakan lori itu terbongkar hasil pemeriksaan rutin pada jam 6 petang.

Beliau berkata, pengimport didapati tidak mematuhi syarat import iaitu gagal mengemukakan sijil kesihatan dari negara asal seperti dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

“Susulan itu, pemandu lori berusia 46 tahun diambil keterangan sebelum dilepaskan.

“Kesemua barang dagangan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

ļæ¼ļæ¼

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

Beliau berkata, sekiranya disabitkan kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top