“Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa” – Nourul Depp Bengang Ada Pihak Dakwa Dirinya Bakal Lakukan Ini Dengan Ajai | Oh! Media

“Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa” – Nourul Depp Bengang Ada Pihak Dakwa Dirinya Bakal Lakukan Ini Dengan Ajai | Oh! Media

Ada pula dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan penyanyi, Nourul Depp sudah bersedia untuk berduet dengan bekas suaminya yang juga merupakan juri terkenal, Ajai. Biar betul?

Terbaru! Menerusi Instagram, Nourul tidak berdiam diri dan tampil bersuara dengan mengatakan yang dia berasa kesal dan menafikan dakwaan itu.

Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la.

Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya.

Penyanyi wanita itu juga berkata yang dia sudah lama tidak berhubung apatah lagi berjumpa dengan Ajai.

Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Anda tak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah.

Untuk info, Ajai dan Nourul pernah berkahwin pada tahun 1996 namun bercerai 10 tahun selepas itu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.


Scroll to Top