Mangsa bot karam ditemukan lemas di pusaran air

Mangsa bot karam ditemukan lemas di pusaran air

am@hmetro.com.my

Kapit: Seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras selepas bot dinaikinya karam tiga hari lalu ditemukan lemas di kawasan pusaran air di tengah sungai di perairan Nanga Makoh, Sungai Rejang, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Bubut Benang, 57, dijumpai terapung di tengah sungai berhampiran lokasi bot dipercayai karam pada 5 petang, kelmarin.

“Mayat mangsa dibawa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan 4.50 petang tadi,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa bersama isteri dan seorang lagi pekerja mereka menyusuri Sungai Rejang menuju ke pekan Kapit.

Sebaik tiba di Nanga Makoh, bot dinaiki ketiga-tiga mangsa terbalik dan karam selepas melanggar batu jeram di tengah-tengah sungai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top