Man City dahului saingan rebut khidmat Haaland

Man City dahului saingan rebut khidmat Haaland

LONDON – Manchster City mendahului saingan dalam merebut khidmat bintang muda Borussia Dortmund, Erling Haaland.

Seterunya Manchester United menganggap pihaknya sudah mengikat perjanjian dengan Haaland pada Januari lalu selepas pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer terbang ke Austria untuk rundingan dengan pemain tersebut.

Namun pemain Norway itu akhirnya memilih Red Bull Salzburg dengan perpindahan bernilai 19.5 juta pound.

Selain Man City, Chelsea dan juga Real Madrid juga mendahului perebutan Haaland jika pemain itu berkeputusan untuk meninggalkan Bundesliga Jerman akhir musim ini.

Setakat ini pemain itu sudah menjaringkan 37 gol dalam 34 penampilan untuk Dortmund dan Norway musim ini.-MalaysiaGazette

Scroll to Top