Dari kiri, Muhd Zul Adly, Abang Yahya, Mohd Hazim, Mahamad Rizuan dibarakan pengendali Myron Khoo dan Jerusha Chan. Foto: MTBC
MALAYSIA meraih pingat perak acara berpasukan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) Kejohanan Dunia Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Isnin.
Pasukan yang terdiri daripada Muhd Zul Adly Majeni, Abang Yahya Abang Azhar, Mohd Hazim Sazali dan Mahamad Rizuan Madzhi melakukan 3,035 jatuhan pin pada acara yang berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park.
Pasukan Australia yang dibarisi Allen Tyler, Ashley Poelstra, Matthew Hurst dan Allan Strong mengumpul 3,152 jatuhan pin untuk muncul juara.
Singapura melengkapkan podium dengan membawa pulang pingat gangsa selepas Eric Foo, Mohamad Rausyan Yaacob, Muhammad Farhan Ismail dan Nixon Fan Jun Jie melakukan 2,972 jatuhan pin.
Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 yang bermula pada 17 Januari berlangsung sehingga Jumaat.