Malaysia hab terbesar pembuatan pembungkusan dalam tempoh 10 tahun

Malaysia hab terbesar pembuatan pembungkusan dalam tempoh 10 tahun
Malaysia hab terbesar pembuatan pembungkusan dalam tempoh 10 tahun

Tengku Khairul Adena (empat dari kanan) menyempurnakan pelancaran WEPACK ASEAN 2024 di Mitec pada Khamis.

MALAYSIA dijangka menjadi hab terbesar bidang pembuatan pembungkusan dan aplikasi di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi RX Greater China, Josephine Lee berkata, ini kerana pasaran pembuatan pembungkusan Asia Tenggara mula mengalami pertumbuhan pesat tahun ini.

Josephine Lee

Josephine Lee

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau diramalkan berkembang sebanyak 4.7 peratus pada 2025 hingga 2026.

“Malaysia, sebagai pemain utama dalam pasaran pembungkusan Asia Tenggara, sedang mengalami pertumbuhan dan transformasi yang ketara, terutamanya dalam sektor makanan dan minuman, e-dagang, dan penjagaan kesihatan,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran WEPACK ASEAN 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) pada Khamis.

Lebih 5,000 delegasi dari seluruh dunia dijangka hadir pada pameran edisi kedua WEPACK ASEAN 2024 yang diadakan di Mitec bermula 14 hingga 16 November ini.

Lebih 5,000 delegasi dari seluruh dunia dijangka hadir pada pameran edisi kedua WEPACK ASEAN 2024 yang diadakan di Mitec bermula 14 hingga 16 November ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), YM Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah.

WEPACK ASEAN 2024 dianjurkan oleh Reed Exhibitions (RX) dengan kerjasama Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA) merupakan pameran paling profesional dalam bidang pembuatan bekas pembungkusan dan aplikasi. di Asia Tenggara.

Lebih 5,000 delegasi dari seluruh dunia hadir pada pameran edisi kedua yang berlangsung di Mitec bermula 14 hingga 16 November ini bagi, meneroka dan mempelajari teknologi terkini dalam industri sekaligus memberi peluang pertumbuhan transformasi dan penyelesaian lestari.

Sementara itu Pengerusi MACCMA, Henry Low berkata, beliau meramalkan pemulihan prestasi industri yang lebih teguh sekitar Mac atau April 2025.

Henry Low

Henry Low

“Kehadiran lebih 120 pempamer pada WEPACK ASEAN kali ini menandakan pengaruh Asia Tenggara yang semakin meningkat dalam pasaran pembungkusan dan percetakan global.

“Ini berlaku disebabkan faktor serantau serta tekanan ekonomi global, yang merupakan penyumbang utama kepada aliran semasa.

Jelasnya, pemulihan ini turut dirangsang oleh perkembangan politik semasa Malaysia-China yang semakin baik turut membantu merangsang aliran pelaburan dan perdagangan semasa.

Scroll to Top