Malam Kemuncak Semakin Hampir! Ini Antara Senarai 5 Lagu Finalis #XTRAXSTAR 2024

Malam Kemuncak Semakin Hampir! Ini Antara Senarai 5 Lagu Finalis #XTRAXSTAR 2024

Berbaki enam hari sahaja lagi showcase final XTRA XSTAR bakal menemui peminatnya menerusi siaran secara live di platform TikTok @xtra_my bermula 25 Oktober depan.

Untuk showcase final kali ini, lima peserta diberi kebebasan memilih lagu pilihan masing-masing sesuai dengan kualiti vokal yang dimiliki.

Persembahan finalis pada malam kemuncak nanti akan diadili oleh juri profesional yang juga penyanyi popular tanah air.

Berikut antara senarai lagu yang menjadi pilihan finalis #XTRAXSTAR2024:

  1. Awa Zainal (Ratuku)
  • Penyanyi : Awie
  • Komposer : Johari Teh
  • Penulis Lirik : Awie

2. Akma Nazri (Samar Bayangan)

  • Penyanyi : Nicki Astria
  • Komposer : Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan
  • Penulis Lirik : Hani MJ

3. Beyla Inara (Setelah Aku Kau Miliki)

  • Penyanyi : Shima
  • Komposer : Saari Amri
  • Penulis Lirik : Azida N.S

4. Keemfeel (Kamu)

  • Penyanyi : Aina Abdul
  • Komposer : Aina Abdul
  • Penulis Lirik : Aina Abdul

5. Zahra Alya (I Surrender)

  • Penyanyi : Celine Dion
  • Komposer : Louis Biancaniello &  Sam Watters
  • Penulis Lirik : Louis Biancaniello &  Sam Watters

Terdahulu, sebanyak 20 peserta telah dipilih,  namun lima sahaja peserta yang berjaya melayakkan diri ke final #XTRAXSTAR2024.

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

Scroll to Top