Ahli perniagaan yang juga pengasas jenama kasut popular, Christina Ng atau lebih mesra disapa Christy mendapat perhatian ramai apabila sediakan surau selesa buat staf yang beragama Islam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Christy di laman TikToknya, dia berkata mengambil masa yang lama untuk mengubah suai surau tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah bilik kecil digunakan oleh stafnya menunaikan ibadah wajib.
Sediakan surau selesa buat staf
âHari ini hari yang sangat bermakna untuk semua staf yang beragama Islam, surau yang kita nanti-nantikan sudah siap. Christy mengambil masa lebih lama untuk siapkan surau ini sebab saya nak buat yang terbaik.
âSebelum ini, semua staf beragama Islam mereka solat dalam bilik kosong ini tapi bilik ni semakin sempit apabila staf bertambah. Sampaikan ada yang menunggu giliran, tak sampai hati tengok mereka berhimpit,â ujarya.
Artikel lain: Majikan âtopupâ makanan di pantri pejabat cecah RM10,000, deodoran juga tersedia!
Menurut Christy, surau tersebut dibina menggunakan idea dan konsep pasukannya iaitu bertemakan âmodern jungleâ dengan kombinasi hiasan hijau rimba.
Sebaik sahaja proses ubah suai surai itu selesai, dia turut menyediakan keperluan solat lain seperti jubah, sejadah dan telekung dari jenama popular, Siti Khadijah.
âKonsep dan design direka sendiri oleh pasukan Chisty. Konsep lebih kepada modern jungle dengan kombinasi wallpaper hijau rimba bersama tingkap plastik. Karpet pun dipilih kualiti terbaik,â katanya lagi.
Sediakan surau selesa buat staf
Netizen puji tindakan Christy
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap tanggungjawab Christy yang peka terhadap keperluan stafnya walaupun dirinya bukan beragama Islam.
Majikan lain perlu contohi Christy
Malah, ramai menyeru kepada majikan di luar sana untuk mencontohi nilai kepimpinan yang dimiliki oleh Christy dalam menjaga kebajikan pekerja.
Dalam pada itu, Christy meluahkan rasa lega apabila sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai majikan dan menitipkan nasihat buat orang ramai untuk tidak menjadikan surau sebagai lokasi ponteng kerja.
Sumber: TikTok @Christy Ng