Main meriam buluh tepi jalan, lelaki dikecam bahayakan nyawa orang lalu lalang

Main meriam buluh tepi jalan, lelaki dikecam bahayakan nyawa orang lalu lalang

Sudah menjadi tradisi masyarakat kita apabila tiba sahaja Ramadan dan Syawal, aktiviti bermain meriam, bunga api serta mercun kerap berlaku terutamanya dalam kalangan remaja-remaja kampung.

Walaupun di bandar ada juga ‘pemuda nakal’ yang cuba-cuba bermain mercun, namun perkara tersebut jarang terjadi lebih-lebih lagi di kawasan laluan orang ramai.

Kebiasaannya, meriam dan mercun yang mengeluarkan dentuman kuat ini dimainkan di kawasan lapang kerana bimbang akan menggangu orang lain ataupun boleh mencederakan mereka yang berada berhampiran.

Namun begitu, menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Pokjack Store, dapat dilihat sekumpulan pemuda termasuk dirinya bermain meriam buluh berhampiran jalan raya dan menghala ke arah pemandu-pemandu yang kebetulan melewati kawasan tersebut.

Perkongsian itu nyata tidak disenangi oleh netizen di media sosial kerana tindakan tersebut dilihat merbahaya kerana bermain di kawasan lalu lalang orang, bukan seperti di kampung-kampung.

Menerusi laman Twitter Malaysia Most Virall, tindakan lelaki berkenaan telah dikecam teruk memandangkan bunyi dari meriam buluh yang mereka bakar boleh mengakibatkan orang ramai terutamanya warga emas terkejut sehingga mungkin mendatangkan kemudaratan.

Menjengah ke ruangan komen Facebook lelaki itu sendiri, ramai yang menyelar tindakannya kerana merasakan bermain meriam di tepi jalan sangat merbahaya dan tidak boleh menyamakan situasi tersebut seperti di kampung.

Tambah mereka lagi, tindakan kurang bijak seperti itu bukan sahaja membuatkan orang sekeliling marah tetapi turut ‘mengundang’ kehadiran pihak polis kerana menganggu ketenteraman awam.

Sumber: Facebook Pokjacks Store, Twitter Malaysia Most Virall

Scroll to Top