Pelakon dan penyanyi Noki K-Clique menegaskan enggan melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam karya yang dibintanginya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memeti Kosmo, Noki berkata dia bimbang akan keberkatan sumber rezeki yang diperolehnya apatah lagi jika dia mencari duit dengan berlakon.
BACA: Noki Buang Rantai & Gelang, Nak Baiki Diri Sebelum Kahwin
“Kalau boleh saya cuba elak bawa watak bercinta kerana biasanya karakter sebegitu pasti akan melibatkan adegan bersentuhan selain risaukan keberkatan sumber rezeki itu.
“Kita cari duit dengan berlakon, bila ketepikan soal halal haram sehingga tidak kisah saling bersentuhan, berkatkah rezeki itu?” katanya.
Sementara itu, Noki berkata dia tidak bimbang jika hilangan tawaran lakonan disebabkan prinsip tersebut kerana percaya bahawa rezeki itu adalah daripada Allah.
“Saya tak kisah kalau ada produksi takut untuk tawarkan kerja disebakan syarat-syarat ditetapkan saya lebih yakin rezeki itu dari Allah SWT.
“Alhamdulillah setakat ini rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu drama untuk Viu Malaysia dan juga filem arahan Syafiq Yusof,” katanya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai watak antagonis yang dilakonkan dalam filem Reeza GTR, Noki berkata ianya tidak sukar kerana sebelum ini dia mempunyai sikap baran namun kini dia cuba ubah sikap tersebut.
“Ini pertama kali saya bawakan watak antagonis, tak susah untuk bawakan watak Andika mungkin kerana sebelum ini saya ada sikap baran. Jadi lebih mudah menghayatinya.
“Namun, apabila usia sudah meningkat dan semakin mendekatkan diri pada Allah, perlahan-lahan saya cuba ubah sikap baran itu,” katanya.