Mahkamah perintah Belanda sekat hantar alat ganti pesawat F-35 ke Israel

Mahkamah perintah Belanda sekat hantar alat ganti pesawat F-35 ke Israel

THE HAGUE – Mahkamah Rayuan Belanda mengarahkan kerajaan menyekat penghantaran alat ganti pesawat pejuang F-35 ke Israel kerana bimbang ia digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa.

Mahkamah berpihak kepada kumpulan hak asasi manusia yang berhujah bahawa sebahagian yang disediakan dari gudang Belanda menyumbang kepada pelanggaran undang-undang oleh Israel di Gaza.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, lebih 28,100 rakyat Palestin telah terbunuh dalam tempoh empat bulan sahaja.

Israel melancarkan operasinya di Gaza selepas kira-kira 1,200 orang dibunuh oleh Hamas pada 7 Oktober 2023, yang turut menjadikan 253 orang tebusan.

“Tidak dinafikan bahawa terdapat risiko jelas bahagian F-35 yang dieksport digunakan dalam pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Israel tidak mengambil kira kesan yang mencukupi terhadap penduduk awam apabila melakukan serangannya,” kata Mahkamah Rayuan di The Hague.

Oleh itu, Kerajaan Belanda perlu mematuhi perintah itu dalam tempoh tujuh hari, tetapi ia boleh memfailkan rayuan di mahkamah tertinggi.

Kes ini dibawa oleh beberapa kumpulan, termasuk sekutu Kerajaan Belanda, Oxfam, pada bulan Disember.

Ia dibawa selepas Kerajaan Belanda memutuskan lesen eksport bahagian F-35 ke Israel boleh diteruskan walaupun Israel mengepung Gaza.

Mahkamah Rendah Belanda sebelum ini telah memutuskan eksport mereka adalah keputusan politik dan hakim tidak sepatutnya campur tangan, walaupun ia mengatakan kemungkinan F-35 menyumbang kepada pelanggaran undang-undang perang.

Alat ganti F-35 milik Amerika Syarikat disimpan di sebuah gudang di Belanda dan kemudian dihantar ke negara lain termasuk Israel. – Agensi

Scroll to Top