Madammu Sokong Ridzokumura Buat ‘Live’, Minta Henti Spekulasi Isu Kematian Akiko – “Mereka Happy Family, Stop Komen Mengarut Dibulan Puasa Ni”

Madammu Sokong Ridzokumura Buat ‘Live’, Minta Henti Spekulasi Isu Kematian Akiko – “Mereka Happy Family, Stop Komen Mengarut Dibulan Puasa Ni”

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Madammu meminta agar orang rramai diluar sana berhenti membuat andaian mahupun spekulasi berhubung kematian isteri Ridzokumura iaitu, Akiko Okumura.

Katanya, dia sedih melihat segelintir netizen yang sesuka hati membuat andaian berkenana isu tersebut apatah lagi, pelbagai laporan baharu berhubung insiden berkenaan dimaklumkan pihak berkuasa.

“Jangan buat spekulasi. Sedih saya tengok orang mengata macam-macam. Mereka happy family.

“Jadi,  janganlah dan berhentilah buat spekulasi yang mengarut dibulan puasa ni,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Madammu juga menyokong tindakan rakannya itu berkongsi maklumat terkini dan penjelasan lanjut mengenai situasi yang berlaku.

Ini kerana, dia sedar pelbagai respons negatif diterima Ridzokumura sejak kebelakangan ini.

“Abang Ridz kena explain kalau tak explain macam-macam teka teki nanti.

“Kalau kata lebih baik abang Ridz jangan explain, tapi bagi saya lebih baik dia explain kalau tak macam-macam lagi spekulasi timbul,” jelasnya.

 

Scroll to Top