Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular dakwaan mesej perbualan pelakon Wanna Ali dan Fattah Amin menerusi WhatsApp.
Memetik HibGlam, pengurus Wanna yang dikenali sebagai Yaya menafikan dakwaan aktres itu berbalas mesej mesra dengan Fattah
“Macam mana Wanna hendak mesej Fattah kalau nombor telefon Fattah pun tiada. Bagaimana cerita ini boleh ada sedangkan kami sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.
“Kami abaikan sahaja perkara ini sebab hanya heboh di Facebook. Ini bermakna khalayak pun tidak ambil pusing,” katanya.
Sebelum ini tular sebuah akaun TikTok meletakkan gambar Fattah, Wanna dan aktres Nur Fazura dengan tajuk ‘Whatsapp rakan kerja perlu ada emoji ‘love’ ke? – Fazura’.
Bagaimanapun, Wanna menegaskan akaun TikTok itu menyebarkan fitnah serta mengesahkan hubungannya dengan Fazura dalam keadaan baik.
SUMBER: Kosmo