Macam dalam Kung Fu Hustle! Aksi wanita ‘smackdown’ pencuri telefon miliknya tarik perhatian netizen

Macam dalam Kung Fu Hustle! Aksi wanita ‘smackdown’ pencuri telefon miliknya tarik perhatian netizen

Siapa tak panas hati apabila barangan peribadinya dicuri oleh orang yang tak dikenali, bukan?

Baru-baru ini, tular beberapa klip video di media sosial menunjukkan seorang wanita dikatakan ‘berang’ selepas telefon miliknya dicuri dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku di Kecamatan Mataraman, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan.

Video tersebut dimuat naik dan dikongsi semula oleh UtusanTV di laman TikTok rasminya.

@utusantvofficial

Jangan kejut harimau sedang tidur. Kejadian 10 APR 2022 | 1 pagi | Kalimantan Selatan. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menariknya, tindakan ‘smackdown’ wanita itu dilihat seolah-olah berada di gelanggang gusti apabila dia menghentam seorang lelaki di hadapan sebuah kedai selepas menyedari telefon miliknya hilang.

Pada masa yang sama, wanita berbaju biru tersebut dilihat bertubi-tubi membelasah lelaki tersebut sambil disulam dengan maki hamun.

Selain itu, seorang wanita lain yang dikatakan adik bongsu mangsa turut tidak melepaskan peluang dengan menghentam lelaki tersebut dengan kerusi.

@utusantvofficial

Reply to @rajawali_n9 . PART 2 😁. Semua ganas2. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ Electrifying (The Rock) – WWE & Jim Johnston

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat aksi dua orang wanita itu, terutamanya berbaju kelawar biru kerana dia disamakan dengan watak seorang wanita dalam filem Kung Fu Hustle yang dilakonkan oleh Qiu Yuen.

Di samping itu, terdapat netizen mengatakan tindakan wanita itu berupaya membuatkan suaminya takut selepas daripada kejadian yang berlaku.

Walau bagaimanapun, aksi dua orang wanita itu dikatakan bernasib baik kerana terdapat ramai lelaki yang berada di tempat kejadian.

Sekiranya tiada orang ramai, pasti saja pencuri tersebut akan membalas balik pukulan itu.

Sumber: TikTok @utusantvofficial

Scroll to Top