Pengorbanan setiap isteri ketika melahirkan cahaya mata sememangnya satu perjuangan antara hidup dan mati. Tidak kiralah sama ada mereka terpaksa melalui proses kelahiran secara semula ataupun pembedahan caesarean (czer).
Walaupun melahirkan anak secara czer ini dikatakan jalan singkat kerana tidak mahu merasai kesakitan bersalin, namun mereka tetap akan merasakan sakitnya lebih-lebih lagi pada beberapa hari pertama selepas pembedahan.
Faham dengan situasi yang dialami oleh isteri yang baru bersalin czer, seorang suami tekad menampal notis pada keretanya dengan meminta maaf sekiranya dia memandu secara perlahan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali @dailylife4, dilihat sebuah kereta dipandu dengan perlahan di atas jalan raya bersama sekeping notis di belakang kenderaan itu.
Tujuan pemilik kereta itu menampal notis tersebut adalah tidak mahu dilabel sebagai ‘pentingkan diri’ dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.
@dailylife4 effort yang boleh membuatkan pemandu lain ucapkan perkataan yang baik baik 🤍🥰 #fyp #fypシ゚viral #foryourpage #katayangbaikbaik
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan suami tersebut kerana memahami kesakitan yang ditanggung oleh seorang isteri bersalin secara czer. Mereka mengatakan sakit ‘beranak’ secara czer ini tidak mudah seperti kelahiran normal.
Melihat video itu meraih perhatian ramai, pemilik kenderaan itu tampil memberikan respon. Dia mengucapkan terima kasih kepada @dailylife4 kerana sudi berkongsi di media sosial sehingga ramai orang mendoakan mereka.
Disamping itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Fared Zuladha turut berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memahami situasi isterinya.
@faredzuladha Reply to @dailylife4 disebabkan awak, ramai yang mendoakan, semoga Allah balas dengan kebaikkan dan dipermudahkan urusan yang mendoakan. #sayangisteri
Semoga selepas ini lebih ramai para suami lebih memahami kesakitan yang dialami oleh isteri mereka terutamanya baru lepas bersalin secara czer.
Sumber: TikTok @dailylife4, @faredzuladha