LV taja RM765,502 juta untuk sukan Olimpik 2014

LV taja RM765,502 juta untuk sukan Olimpik 2014

Reuters

Paris: Bernard Arnault, lelaki terkaya Perancis dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan mewah LVMH, membayar sekitar 150 juta euro (RM765,502 juta) untuk menjadi penaja premium Olimpik Paris 2024.

Pada majlis pembukaan Sukan, barangan beliau diletakkan di tengah-tengah s\ pertunjukan yang disaksikan oleh penonton seluruh dunia.

Pemenang Grammy Lady Gaga mempersembahkan lagu “Mon truc en plumes” dengan penuh bertenaga, mengenakan jaket bulu hitam Dior Haute Couture di atas bustier satin hitam.

Aya Nakamura, penyanyi wanita Perancis yang paling banyak didengar di dunia, mempersembahkan medley popularnya dengan mengenakan gaun bulu dan sutera emas Dior.

Sementara itu, label Berluti LVMH adalah pakaian atlet Perancis untuk majlis itu.

Arnault, yang sehari sebelumnya berhibur dengan pemilik Tesla Elon Musk di satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Presiden Emmanuel Macron, mengikuti majlis itu dari hotel Cheval Blanc yang mewahnya dengan pemandangan Sungai Seine.

Ditanya dalam satu temubual yang disiarkan oleh CNBC mengapa LVMH menaja sukan, Arnault berkata ia adalah antara usaha membantu sukan berkenaan.

“Sebagai syarikat Perancis nombor satu, kami tidak boleh mengelak daripada membantu. Tetapi ia mesti mempunyai makna. Kami tidak hanya akan memberi wang dan berkata OK, terima kasih.

“Kami mahu mencari cara untuk menunjukkan melalui Olimpik kepada dunia bahawa Perancis itu sendiri adalah negara yang kreatif, negara yang halus, negara yang mempunyai kemahiran tangan,” katanya.

Pertunjukan pembukaan memaparkan rakaman video sinematik tentang peti yang dibawa ke Sungai Seine dan penghasilan pingat atlet.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top