Seoul: Seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam lubang benam selebar 20 meter (m) yang tiba-tiba muncul di tengah jalan di ibu kota Korea Selatan, semalam.
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku pada jam 6.29 petang, berhampiran sebuah sekolah rendah di Gangdong, timur Seoul.
The Korea Herald melaporkan, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa.
Seorang pemandu kereta yang melalui jalan itu sebelum tanah runtuh turut cedera, dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon, mengarahkan langkah keselamatan segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk, sambil memaklumkan bahawa lubang benam itu kini semakin membesar dan menjejaskan empat daripada enam lorong jalan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd