Luahan Penyewa Rumah Terjejas Letupan Gas Putra Heights

Luahan Penyewa Rumah Terjejas Letupan Gas Putra Heights

Seorang penyewa rumah di Putra Heights, Diyana Abdul Rahim, berdepan mimpi ngeri apabila kediamannya rosak teruk akibat letupan saluran paip gas pada raya kedua hari tu.

Diyana, 29, mengakui dia sukar menerima hakikat rumah sewanya yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian mengalami 60% kerosakan.

Kesan kebakaran tidak masuk akal. Saya tak dapat gambarkan kedahsyatannya dengan kata-kata.- Katanya.

Tak sangka rumah terjejas teruk…

putra heights

Ketika kejadian, Diyana berada di kampung untuk menyambut Hari Raya. Dia hanya mendapat tahu mengenai letupan itu melalui WhatsApp.

Pada awalnya saya tak risau, ingatkan rumah tak terjejas sebab jauh dari lokasi letupan. Tapi rupa-rupanya rosak teruk juga. Saya rancang tidak mahu tinggal di sini lagi. Saya akan pindah.- Jelasnya.

Keadaan rumah yang terbakar dan musnah begitu mengubah persepsinya terhadap keselamatan di kawasan itu. Diyana mengesahkan dia tidak akan terus menetap di kawasan berkenaan selepas apa yang berlaku.

Walaupun trauma, Diyana bersyukur kerana majikannya memahami situasi yang dihadapinya dan membenarkan dia bekerja dari rumah buat sementara waktu.

#ApaKataOhmedia

Tragedi seperti ini memang menakutkan, apatah lagi bila ia terjadi di kawasan perumahan yang sepatutnya selamat. Nasib baik Diyana tiada di rumah semasa kejadian, kalau tidak, mungkin lain ceritanya.

Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan berisiko tinggi, pastikan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan laporkan sebarang masalah keselamatan seawal mungkin!


Scroll to Top