Los Angeles Terbakar Lagi, Jasmin Suraya Fobia Berdepan Detik Cemas

Los Angeles Terbakar Lagi, Jasmin Suraya Fobia Berdepan Detik Cemas

Kebakaran terbaru yang berlaku di utara Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lalu sekali lagi menimbulkan rasa panik buat pelakon, Jasmin Suraya Chin, 36, yang menetap di sana.

Memetik laporan Harian Metro, Jasmi berkata,  kediamannya di West Hollywood terkawal dan tidak terjejas kerana ia terletak jauh dari lokasi kebakaran.

Namun, dia dan orang ramai terkejut dengan kebakaran yang terus merebak.

“Semua orang terkejut dengan kebakaran ini. Saya tak berhenti menerima pemberitahuan tentang kebakaran ini.

“Dari 10 ekar, api sudah merebak ke 11,000 ekar.  Saya sudah fobia sejak kejadian kebakaran itu,” katanya kepada pemberita.

 

Tambahnya lagi, kebakaran yang berlaku membuatkannya cemas sehinggakan dia berfikir untuk ke lokasi lain yang lebih selamat memandangkan dia masih lagi  mempunyai kelas.

“Memang terkejut, sampai kawan saya sudah mengemas pakaian untuk pindah ke Miami. Penerbangannya esok pagi,” jelasnya.

Jasmin yang kini melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre & Film Institute di Los Angeles merancang untuk mengambil kesempatan cuti sepanjang tiga bulan ini.

“Pengurus saya sedang berbincang dengan pihak produksi mengenai perkara ini.

“Saya juga akan balik Malaysia untuk bercuti pada April nanti. Saya sangat rindukan tanah air terutama makanan yang sedap-sedap,”jelasnya.

Untuk info, kebakaran kali kedua ini berlaku di sekitar tasik yang terletak kira-kira 56 kilometer di utara Los Angeles dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top