Look at my face – Hans Isaac

Look at my face – Hans Isaac

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kini menjadi sasaran kecaman penyokong kerana kegagalan untuk menyediakan padang terbaik menjelang perlawanan terbesar bola sepak tempatan tahun ini.

Bagaimanpun wartawan Astro Arena yangterserempak dengan Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam, menunjukkan riak wajahnya yang pelbagai.

All good Datuk? Look at my face.

“Senyuman kami bertaut, dia berlalu pergi.

“Kelat terasa sehingga ke ulu hati,” demikian tulis Fina Nasrom.

Tambahnya, perkara utama yang berlegar di fikiran, mampukah kedua-dua pasukan mempamerkan aksi terbaik demi merebut sebuah piala.

“Menjadikah perancangan dan taktikal kedua-dua pasukan dengan bantuan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak segah nama?

“Sanggupkah pemain pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC berdepan dengan risiko kecederaan menerusi kondisi padang tidak sekata selain dari rumput yang diandaikan seperti ‘sehelai jeans lusuh’ oleh akhbar tempatan Malaysia?” – MalaysiaGazette